Entry: Kes Buang Bayi Tuesday, August 17, 2010



Tindakan Kabinet memutuskan kes pembuangan bayi disiasat sebagai kes bunuh atau percubaan membunuh menunjukkan Kerajaan benar-benar serius menangani masalah buang bayi.

Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Bagi tempoh 2008 hingga 2009, sebanyak 181 kes pembuangan bayi dilaporkan manakala 60 kes direkodkan sejak awal tahun ini hingga semalam. Kita mengalu-alukan langkah positif and serius yang diambil kerajaan.

Namun dengan mengenakan hukuman yang berat sahaja bukanlah satu-satu cara penyelesaian masalah buang bayi atau ianya merupakan cara yang terbaik. Ramai di antara mereka yang didapati bersalah membuang bayi merupakan mangsa rogol, tertipu oleh kekasih atau keretakan rumahtangga.

Apa yang lebih menyedihkan lagi ialah mereka yang terjebak dalam jenayah ini merupakan wanita muda (atau sesetengah pihak mungkin lebih suka melabelkan mereka sebagai 'penjenayah') yang terperangkap semata-mata kerana mereka perempuan yang berkemampuan mengandung serta melahirkan bayi. Maka mereka terpaksa menangung segala dosa dan tohmahan masyarakat. Sedangkan lelaki yang turut bertanggungjawab bisasanya terlepas.

Masyarakat kita yang mencaci, menghukum dan menghina mereka terjebak dengan perbuatan salah laku seks, sama ada atas kemahuan mereka sendiri atau dipaksa, menyebabkan mangsa-mangsa ini takut dan malu untuk meminta pertolongan.

Pandangan serong yang diberikan oleh masyarakat seolah-olah telah menjatuhkan hukuman yang tidak boleh dirayu oleh mangsa. Tindakan mengenakan hukuman maki mandatori ke atas kes-kes pembuangan bayi menambahkan lagi ketakutan mangsa dan sekaligus menamatkan cara penyelesaian yang lebih baik. Kita harus ingat bahawa, dalam kes pembuangan bayi bukan bayi itu sahaja yang merupakan mangsa tetapi ibu kandung bayi tersebut juga seorang mangsa yang harus mendapat simpati dan pertolongan.

Kita, sebagai sebahagian daripada masyarakat yang turut membentuk tanggapan negatif terhadap mangsa sedemikian, jika tidak berusaha untuk mengubah fikiran dan persepsi kita, maka kita secara langsung juga menyumbang kepada pertambahan kes pembuangan bayi ini.

Kita seharusnya membentuk satu masyarakat yang lebih perihatin dan penyayang agar kes-kes salah laku,keruntuhan akhlak dan keretakan rumahtangga tidak berakhir dengan tragedi yang tidak dapat diselamatkan.

Hukuman yang berat mungkin mempunyai kesan menakutkan mereka yang cenderung untuk melakukan kesalahan tetapi sikap penyayang kita akan membolehkan mereka yang terjebak tanpa rela diberikan bantuan, pertolongan dan bimbingan yang sewajarnya agar tidak terus terjerumus dalam lembah kehinaan.

   1 comments

awiexp
May 27, 2012   07:22 PM PDT
 
terbaik!!! i like this blog!!

jom sertai komuniti forum yang terbaru dan terhangat masa kini..100% buatan anak malaysia!! sama-samalah support yer..

<a href="http://malaysiaforum.net">http://malaysiaforum.net</a>

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments